BILA ROKET PERGI KE BULAN!!!

DAP dan PAS, dua parti yang mempunyai pemikiran politik yang berbeza, juga bercanggah. Percanggahan agak ketara. PAS dengan perjuangan islamnya, DAP pula dengan perjuangan anti Islamnya.

Pun begitu, dalam keadaan sedemikian pun, Lim Guan Eng yang merupakan “orang besar” DAP sendiri pernah mengeluarkan kenyataan yang sebaris dengan perjuangan PAS, iaitu mahu buat pemerintahan Omar Abdul Aziz dikala mula-mula menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kenyaataan ini, sedikit sebanyak memberi satu gambaran bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS, walaupun mendapat tentangan dari pihak DAP, tetapi sedikit sebanyak agak sudah diterima oleh sebilangan Ahli-ahli DAP.

Jika diperhatikan, hanya sebilangan kecil sahaja pimpinan DAP yang agak benci kepada agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS, seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Adapun yang lain, mereka tidaklah terlalu melampau membantah perjuangan islam PAS, terutama golongan muda dalam DAP.

Orang-orang tua, lama-lama matilah. Apabila mati orang tua, orang muda pula berkuasa. Apabila orang muda sudah terima cara PAS, permasalahan yang dihadapi sekarang akan mudah dihadapi.

JAMBATAN

Dalam keadaan percanggahan dari sudut pemikiran dua parti ini, menyebabkan pihak DAP tidak mahu menerima agenda perjuangan PAS. Begitujuga, PAS tidak mahu menerima agenda perjuangan DAP.

Dalam keadaan ini, perlu diwujudkan “jambatan” bagi PAS dapat menyampaikan islam kepada DAP. Jambatan itu adalah PKR.

Jika dihayati kepada PKR, mereka bukanlah sebuah parti yang kukuh. Kehidupan mereka lebih berharap kepada Anwar Ibrahim yang sekarang umurnya sudah hampir dengan waktu umur kewafatan nabi SAW.

Oleh itu, dengan kehadiran Anwar ini, sedikit sebanyak dapat menjadi jambatan untuk PAS mendekatkan diri dengan DAP. Padaku, yang lebih penting disini, bukanlah DAP yang perlu PAS hampiri, tetapi masyarakat Non Muslim yang perlu PAS dampingi.

Kehadiran Anwar untuk PAS dampingi Non Muslim terbukti berjaya, sehinggakan PAS sendiri berjaya menubuhkan kelab penyokong, sehinggakan ada cadangan untuk menerima keahlian PAS dari kalangan Non Muslim. Keadaan ini jelas nampak dilihat dalam kejayaan Pakatan rakyat dalam pilihanraya ke 12.

DAKWAH

Dengan pendampingan Non Muslim kepada PAS selepas pilihanraya ke 12, hendaklah dijadikan satu ruang yang luas dalam menyampaikan dakwah islamiyyah.

Kepercayaan yang telah diberikan non Muslim kepada PAS, tidak selayaknya dihakiskan. Ini kerana, kalau dihakiskan juga, sedikit sebanyak, dakwah Islam dalam menyeru non Muslim dalam memahami islam akan menjadi bertambah sukar.

Menghakiskan kepercayaan itu, tidak kira apa jua keadaan dan tindakan. Sama ada dengan mengadakan gabungan parti dengan UMNO, dengan MIC, dengan MCA atau dengan sesiapa pun, bahkan jika mahu diadakan pertemuan dengan mana-mana parti pun, tidak selayaknya dilakukan dalam keadaan tidak diketahui rakyat, sehinggakan melahirkan keraguan, terutama kepada Non Muslim yang sudah mula menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada PAS.

Disamping itu juga, usaha menerangkan bentuk kerajaan Islam perlu diperhebatkan. Keadilan Islam perlu dijelaskan. Kebajikan menurut Islam juga perlu diberi penerangan kepada mereka. Berkawan dengan mereka perlu menjadi agenda harian. Menunjukkan sikap “bersama rakyat” perlu menjadi tanggungjawab dan model yang wajib ditonjolkan kepada mereka. Kerana, dengan tindakan sebegini, mereka akan tertarik dengan Islam.

PENUTUP

PKR berharap dengan Anwar Ibrahim. Ketiadaan Anwar Ibrahim menggambarkan ketiadaan PKR. Apabila tiada PKR, kemana akan perginya anggota-anggota parti mereka. Adakah kepada PAS atau DAP??

Apabila tiadanya Lim Kit Siang dan Karpal Singh, disitulah mungkin dilihat pengaruh DAP terhadap agenda perjuangan mereka akan berkurangan. Keadaan ini tidak mustahil boleh berlaku, jika PAS bersungguh-sungguh berceramah dan bercerita tentang Islam kepada non Muslim. Bahkan, jika usaha dakwah ini dilakuakan secara hebat, DAP pasti akan menjadi Parti Muallaf di Malaysia, yang agenda perjuangan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Dalam keadaan itu, Non Muslim akan terlibat dengan PAS dibawah Kelab Penyokong PAS, dan PAS ketika itu sudah memerintah, yang perdana Menterinya sudah pasti daripada PAS, yang secara nyatanya, Islam menjadi agama terlaksana di Malaysia ketika itu.

Pun begitu, tulisan ini boleh dikatakan angan-angan mat jenin, jika usaha dakwah tidak diperhebatkan oleh PAS secara serius. Walaubagaimanapun, aku bercita-cita melihat, suatu masa nanti Malaysia adalah sebuah negara Islam terbaik dan terunik di dunia, disebabkan negara Islam Malaysia adalah sebuah negara yang terlaksana undang-undang islam, sedangkan rakyatnya boleh dilihat 40 peratus adalah non Muslim.

Adakah ini mustahil??? Iman anda sahaja yang mampu menjawabnya....

Sekian

Al-Bakistani
http://jihad-jalanku.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog