Posts

Showing posts from May, 2008
DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PULAU PINANG KES MAL NO: 07100-043-0191-2006 SITI FATIMAH TAN BT ABDULLAH ... PLAINTIF Diwakili Peguam Ahmad Jailani Daripada Tetuan Arizal, Jailani & Co. MAJLIS AGAMA ISLAM P PINANG ... DEFENDEN diwakili Encik Munawir Daripada Tetuan Lim Kim Siew Di hadapan Y.A Hj Othman bin Ibrahim Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang ALASAN PENGHAKIMAN Fakta ringkas kes Plaintif Siti Fatimah Tan bt Abdullah yang nama asalnya Tan Ean Hung, K/P: 690828-07-5020 pada asalnya ianya beragama Buddha dan mengamalkan ajaran Buddha. Beliau pada asalnya menyembah tokong dan buddha. Pada 25/7/1998 telah memeluk Islam dan didaftarkan dengan nama Siti Fatimah Tan bt Abdullah. Pada 4/8/1999 beliau telah berkahwin dengan Ferdoun Aslanian No. Paspot 3369885, seorang warganegara Iran, selepas 4 bulan berkahwin, suami telah menghilangkan diri. Mengikut keterangan plaintif sendiri di mahkamah, beliau tidak mengamalkan ajaran Islam dan tidak pernah diajar atau di bawa mempe