Posts

Showing posts from July, 2008
BILA ROKET PERGI KE BULAN!!! DAP dan PAS, dua parti yang mempunyai pemikiran politik yang berbeza, juga bercanggah. Percanggahan agak ketara. PAS dengan perjuangan islamnya, DAP pula dengan perjuangan anti Islamnya. Pun begitu, dalam keadaan sedemikian pun, Lim Guan Eng yang merupakan “orang besar” DAP sendiri pernah mengeluarkan kenyataan yang sebaris dengan perjuangan PAS, iaitu mahu buat pemerintahan Omar Abdul Aziz dikala mula-mula menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Kenyaataan ini, sedikit sebanyak memberi satu gambaran bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS, walaupun mendapat tentangan dari pihak DAP, tetapi sedikit sebanyak agak sudah diterima oleh sebilangan Ahli-ahli DAP. Jika diperhatikan, hanya sebilangan kecil sahaja pimpinan DAP yang agak benci kepada agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS, seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Adapun yang lain, mereka tidaklah terlalu melampau membantah perjuangan islam PAS, terutama golongan muda dalam DAP. Orang-orang tua, lama-la