Posts

Showing posts from 2007
AT-TASAMUH DENGAN WAHABI, AT-TAHALUF DENGAN SYIAH: MANAKAH YANG PERLU DIUTAMAKAN? Membaca tulisan saudara Reformasimuda yang menulis satu article yang bertajuk “salahkan kalau saya menyokong Al-Arqam mahupun Syiah” baru-baru ini, diri ini terpanggil untuk menulis satu tulisan yang perlu di lontarkan kepada masyarakat Islam bagi mencari titik pertemuan yang perlu dilakukan bagi melihat kejayaan islam di dunia Islam, khususnya di Negara ini. Mengikut tulisan Reformasi muda tersebut, didapati dia mengambil sikap menghentam golongan yang didakwa sebagai wahabi, tetapi agak menyokong tindakan dari kelompok yang dinamakan sebagai Al-Arqam dan Syiah. WAHABI Mengikut pendefinisian terhadap wahabi, pelbagai respon dari berbagai-bagai kelompok manusia tentangnya. Antara definisi Wahabi mengikut dakwaan manusia adalah seperti berikut; a. Wahabi adalah satu kelompok manusia yang taassub dan “Ghuluw” kepada Muhammad Abdul Wahab, adapun mereka yang mengikut pendapat Muhammad Abdul Wa
FIQH AWLAWIYYAT DALAM GERAKAN ISLAM : SATU PERBINCANGAN UNTUK PENILAIAN MUQADDIMAH Membaca sejarah Islam di Negara ini, didapat bahawa Negara ini pernah di perintah mengikut ajaran islam. Ini di buktikan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303. Dalam batu bersurat itu, terkandung arahan raja yang memerintah ketika itu yang bernama Raja Mandalika terhadap rakyatnya supaya berpegang kuat dengan ajaran islam dari semua sudut kehidupan. Ianya menyentuh soal langkah mengelakkan berlaku kemungkaran seperti zina dan tidak membayar hutang. Juga hukuman terhadap mereka yang tidak mengikut kehendak syariat yang tidak dibataskan kepada rakyat semata, bahkan terhadap pemerintah juga. [1] Penggunaan kalimah “Sultan” terhadap raja-raja melayu juga merupakan pengaruh pemerintahan Islam di Negara ini. Ini kerana, penggunaan kalimah “Sultan” pada asalnya adalah identity pemerintahan Islam yang mula di gunakan pada abad ke-10 masehi dengan munculnya kesultanan Seljuq sebagai pem
TUDUHAN PAS SEBAGAI SYIAH : SIAPA YANG TANGGUNG DOSA? Secara tidak disangka-sangka, sebuah blog baru diwujudkan dengan bermotif jahat; dengan menuduh PAS sebagai sebuah parti syiah di Negara ini. Dari fikiran ini, ada dua anggapan terhadap kewujudan blog jahat ini, samada ianya adalah provokasi dari pihak musuh Islam yang bernama UMNO atau ianya lahir dari pendakwa-pendakwa pejuang salafi setelah melihat “kebingungan” pengendali harakahdaily yang menukilkan tulisan-tulisan Faisal Tehrani yang dikenali sebagai pendakyah fahaman syiah disebalik tulisan novel, article dan cerpen. Mungkin anggapan ini salah, atau kemungkinan juga anggapan ini telah terkena sasarannya. Walaubagaimanapun, pendirian ini lebih mahu menyalahkan kepada “pencetus” kepada tuduhan karut ini, yang pada pandanganku, tuduhan “pencetus” tersebut bermula dari ketidak fahamannya terhadap kewujudan PAS di Negara ini. KEWUJUDAN PAS ADALAH TANGGUNGJAWAB SYARA’ PAS di tubuhkan bukanlah kerana “frust” kepada kepimpinan Negara
MENGAPA PAS MENJADI PILIHANKU? Aku mengenali PAS semasa di dalam pengajianku di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Ini dimungkinkan kerana Tuan Guruku, iaitu tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman adalah seorang ahli PAS dan mempunyai hubungan sahabat yang terlalu rapat dengan Mursyid Al-Am PAS, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, menyebabkan aku merupakan penyokong kuat PAS ketika itu. Semasa menyambung pengajian di Pakistan, pendedahan keilmuan hadis dan tafsir di sana membuatkan aku membuka minda; di samping pelbagai jemaah yang wujud di sana, seperti jamaah Ghuraba’ yang di dokong golongan “Ghair Muqallid”, Jamaat Islami yang di asaskan oleh Maulana Maududi, Sipahi Sahabat yang diasaskan untuk menentang syiah, Lasykar taiba, tabligh dan berbagai lagi. Dengan pengalaman inilah menyebabkan aku mula mempelajari dan membaca buku-buku haraki, bagi memastikan aku berada dalam jemaah yang betul, iaitu jemaah yang bersesuaian dengan kehendak Nabi SAW, disertai perbahasan fiq
APABILA SI ALIM YANG SOMBONG MENGHINA “ INSAN ISTIMEWA” …..??!! “Insan istimewa” adalah satu kalimah yang selalunya di ungkapkan terhadap manusia yang ditakdirkan oleh Allah sebagai cacat. Kecacatan yang menimpa dirinya bukanlah dikehendaki oleh dirinya, tetapi ia merupakan kehendak Allah yang kemungkinan di sebalik kecacatan itu, Allah hendak memuliakannya dari sudut yang lain. Kecacatan yang menimpa dirinya tidak selayaknya di hina dan di cela, bahkan wajib kepada manusia yang sempurna ini memberi pemantauan yang baik, cakna dan sebagainya terhadap si cacat tadi. Jika ini tidak dilakukan, bermakna, si sempurna tersebut merupakan manusia yang tidak dapat menghargai nikmat yang telah Allah berikan kepada manusia sejagat. TAQLID ADALAH KEISTIMEWAAN Sebelum ini, Aku ada menulis berkenaan dengan muqallid dan mujtahid. Dalam tulisan tersebut, aku menyatakan bahawa taqlid merupakan sesuatu keistimewaan yang Allah berikan kepada manusia yang tidak berkeahlian didalam melakukan ijtihad. Seki
TERKENANG KETIKA DULU : KESENIAN YANG MEMBINA KEINSAFAN Setelah menyampaikan kuliah pengajian fiqh di Surau Ar-Rafiq, Seksyen 7, Kota Damansara, Aku terus menaiki kereta kembaraku untuk memulai permusafiran ke Negeri Terengganu, negeri kelahiran Isteriku. Dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 7 hingga 8 jam, di tambahi perjalanan itu di waktu malam dan aku bersendirian pula, diri ini agak “keboringan” sedikit. Maka dengan itu, Aku mula membuka laci keretaku dan melihat keset-keset ceramah atau nasyid-nasyid yang harapanku dapat menghilangkan “keboringanku” diri ini. Mata ini telah tertumpu melihat kepada satu kotak keset nasyid yang bertajuk “Kelahiran” yang telah aku beli pada tengaharinya di kedai Salim, seorang penjual keset “ceramah-ceramah PAS” di Bangunan Pasaraya the Store Sungai Buloh. Aku sememangnya sudah mengetahui, keset tersebut sudah lama di terbitkan di Negara ini, iaitu di zaman kegemilangan satu jemaah yang dipimpin oleh As-As’ari Muhammad Al-Arqam, yang
PENIPUAN TEHRANI UNTUK MEMBURUKKAN IBNU TAIMIYYAH Amat mengejutkan tentang article at-tehrani yang bertajuk “rujukan wahabi : Syaikhul Khawarij, Ibnu Taimiyyah dan Khawrij” yang menyebabkan diri ini mula membelek-belek kitab Ibnu taimiyyah yang bertajuk “minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah” bagi mendapat kepastian yang sebenar terhadap tulisan At-Tehrani tersebut. Maka dari itu, ulasanku adalah seperti di bawah; Kenyataan At-Tehrani; Ibnu Taimiyah dalam rangka membela kelompok sesat Khawarij mengatakan: “Dahulu, kelompok Khawarij adalah sebaik-baik anggota masyarakat dari sisi pelaksanaan salat, melakukan puasa dan membaca al-Quran. Mereka baik secara zahir mahupun batin telah melaksanakan agama Islam”. (lihat kitab Minhaj as-Sunnah jilid 4 halaman 37) (Jika di lihat dari kitab di tanganku, ianya di jilid 4 halaman 38) Ulasan; Jika di baca dari kitab asal, didapati bahawa Imam Ibnu taimiyyah bukanlah memuji Khawarij, tetapi ulasan Imam ibnu taimiyyah adalah untuk meletakan perbezaan antara
ISUNYA SYIAH DAN PENJAJAH Kritikanku terhadap article tulisan Tehrani berkenaan “cinta” yang di kemukakan dalam harakahdaily yang lalu telah mendapat respon dari kalangan sahabat-sahabat “alam maya”. Bagiku, respon tersebut agak “sehat”, tetapi cara memberi respon tersebut agak “sakit”. Didalam articleku tersebut, aku tidak membela mereka yang mendakwa sebagai wahabi, ini kerana, aku sendiri pernah menulis article sebagai kritikanku terhadap dakwaan dari sebahagian sahabat-sahabat yang mendakwa mereka sebagai salafi-wahabi. Mungkin saudara yang menyerangku dengan “serangan renungan” itu tidak pernah membaca artikleku yang lain, sedangkan artikleku selalu “terdampar di pantai tranungkite.net” Walaubagaimanapun, kepada saudara reformasimuda, aku mengucapkan berjuta-juta terima kasih kerana telah mempromosi namaku didalam tulisan beliau, tetapi ucapan terima kasih itu bukan bermakna aku menerima hujjah kritikan beliau kepadaku. Ini kerana, aku dapat melihat, kebencian beliau kepada wahabi
CINTA TEHRANI BERTEPI, BAGAIMANA CINTA SUNNI? Cinta….. satu kalimah yang sering diungkapkan oleh generasi penyanyi-penyanyi nasyid masa kini. Jika dahulu, kini, mungkin selamanya, Kalimah yang mengandungi makna cinta, seperti Muhabbat, piyar, paghal, dilchasp dll menjadi buah mulut peminat-peminat Hindustan di Negara ini. Hakikat sebenar, maksud cinta tidak sekadar diungkap oleh manusia dan jin semata, tetapi ianya merupakan ungkapan yang telah di guna sendiri oleh Allah, tuhan yang mentadbir sekelian Alam. Firman Allah; إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ Maksudnya; “Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berbuat baik” (surah Al-Baqarah : 195) Cinta bukanlah segala-galanya, tetapi kehidupan ini memerlukan kepada cinta. Dengan cinta, manusia merasakan hidup mereka bahagia. Dengan cinta, manusia akan mengenali anak, cucu, ibu, bapa, atuk dan bla..bla..bla…. Cinta merupakan fitrah insani, yang hadir tanpa paksaan. Kehadiran cinta bermula dengan kefahaman dan kenal.