Posts

Showing posts from February, 2007
KECELARUAN MUQALLID YANG MAHU JADI MUJTAHID Seharian suntuk aku membaca buku karangan Dr Said Ramadhan Al-Buti yang bertajuk “Alla Mazhabiyyah Akhtar Bidaah tuhaddid As-Syariah Al-islamiyyah”. Dalam seharian suntuk itu jugalah, aku dapat menyempurnakan pembacaan dari buku tersebut. Alhamdulillah, maha suci Allah, betapa tingginya ilmu seorang ulama dari syiria ini dalam mengemukakan hujjah dalam menyatakan kepentingan memahami ilmu usul fiqh bagi mengemukakan sesuatu ulasan agama. Membaca semua kandungan isi buku tersebut, tergambar diri ini terlalu kerdil di dalam dunia keilmuan islam, masakan pula diri ini merasa lebih alim dari ulama-ulama mazhab. Dr Said Ramadhan ada menjelaskan didalam buku tersebut tentang satu munazarah ilmiyyah yang berlaku antara beliau dengan seorang ulama yang di kenali ramai; bernama As-Syaikh Nasisruddin Albani, yang telah berjumpa dengan beliau di rumah beliau sendiri bagi mengemukakan bantahan ilmiyyah terhadap tulisan beliau berkenaan dengan kepentingan
KENALI SYIAH !!! MUQADDIMAH [1] Sabda Nabi SAW; افترقت اليهود على إحدى و سبعين فرقة ، فواحدة في الجنة و سبعين في النار ، و افترقت النصارى على اثنين و سبعين فرقة فواحدة في الجنة و إحدى و سبعين في النار ، والذي نفسي بيده لتفترقن أمتي على ثلاث و سبعين فرقة ، فواحدة في الجنة ، و ثنتين و سبعين في النار ، قيل : يا رسول الله من هم ؟ قال : هم الجماعة Maksudnya; “Berpecah yahudi kepada 71 puak, satu puak didalam syurga dan 70 lagi didalam neraka. Berpecah Nasrani kepada 72 puak, satu puak didalam syurga dan 71 puak lagi di dalam neraka. Demi Nyawaku di tangan-Nya, lagi akan berpecah umat ini kepada 73 puak, satu puak sahaja di dalam syurga dan 72 puak didalam neraka. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Berkata Nabi : mereka adalah Jamaah [2] ” Ciri-ciri puak yang masuk neraka yang dimaksudkan didalam hadis di atas adalah, mereka menghalalkan perkara yang Allah haramkan dan mengharamkan perkara yang Allah halalkan. [3] Dalilnya adalah hadis yang meriwayatkannya o
CAWAT BESI : KEDANGKALAN BERFIKIR APABILA ULAMA TIDAK TERLIBAT DENGAN GERAKAN ISLAM Utusan Malaysia hari ini menyediakan ruangan didalam forum dengan beberapa coretan pembaca-pembaca berkenaan kenyataan Dato Abu Hasan Din berkenaan cadangan memakai cawat besi kepada mangsa rogol. Cadangan tersebut, jika di hebahkan di hadapan masyarakat, hatta kepada kanak-kanak sekalipun, cadangan tersebut sudah tentu menjadi bahan gelak ketawa. Di manakah releven cadangan tersebut? apakah ini menteliti pemikiran seorang agamawan yang di isytihar sebagai ulama, yang mengeluarkan kenyataan sebegini? Semua ini berpunca dari sikap agamawan tersebut yang tidak melihat penyelesaian dari sudut Islam, tetapi melihat sesuatu penyelesaian itu berdasarkan kepada pemikiran-pemikiran yang lain dari Islam. ISLAM TELAH MENYEDIAKAN PENYELESAIAN Membaca Al-Quran dan Hadis nabi SAW, secara halusinya, kita akan dapat merasakan tentang penyelesaian yang telah disediakan kepada kita, samada penyelesaian itu dari sudut ek