SALAFI ATAU KHALAF : APA ALIRANKU YANG SEBENAR ????!!

Semenjak articleku yang bertajuk “Kecelaruan muqallid yang mahu jadi mujtahid” berkenaan dengan munazarah ilmiyyah antara As-Syaikh Dr Said Ramadhan Al-Buti dan As-Syaikh Albani RA di baca oleh sebilangan pembaca-pembaca, berbagai respon yang telah di tujukan kepadaku.

Sebilangan dari pembaca tersebut, bertanya-tanya kepadaku tentang aliranku yang sebenar. Adakah salafi, khalaf atau…atau… dan atau !!. Seorang pembaca yang “bernickname” Fakhrurazi menyatakan bahawa aku adalah seorang yang beraliran “SALAFI”, adapun seorang sahabat dari Al-Ahkam.net pula, iaitu THTL mendakwa bahawa aku adalah orang yang beraliran tradisional, disebabkan melihat tempat pengajianku terdahulu adalah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan.

Amat pelik dengan dakwaan THTL tersebut, ini kerana, THTL sendiri tidak meletakan Maulana Asri seorang yang beraliran tradisional, sedangkan dia sendiri adalah antara seorang bekasan pelajar di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan; yang semangnya beraliran tradisional.

Disebabkan mendalami ilmu hadis di India dan Pakistan, Maulana Asri di lihat oleh beliau sebagai salafi dan sebagainya.

Begitujuga aku, memang aku seorang bekas pelajar Pondok Lubuk Tapah, pasir Mas yang beraliran tradisional, tetapi semasa aku di Pakistan, aku belajar di Universiti Farooqiyyah yang beraliran “Deobandi” seperti Maulana Asri.

Tetapi perbezaan antara kami cuma, beliau – pada pandanganku -seorang yang Alim, mempunyai ketinggian ilmu didalam bidang hadis, tetapi aku tidaklah mempunyai ilmu yang banyak seperti beliau.

Biarlah apa yang hendak di katakan, yang penting bagiku adalah, tidak perlu mendabik dada bahawa kita adalah “SALAFI” dan “KHALAF”, yang penting kita adalah ISLAM YANG AHL AS-SUNNAH WA AL-JAMAAH.

SELAGI BERASASKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, MAKA ITU ADALAH KEBENARAN

Pelik melihat perdebatan di dunia “alam maya” ini, iaitu antara dua kelompok yang mendakwa sebagai golongan salafi dan Khalaf, yang dimaksudkan dengan salafi adalah puak asri @ alahkam. Adapun puak khalaf pula adalah puak tradisional Osman Muhammadi @ Zamihan dan sebagainya.

Bagiku, perbalahan itu sebenarnya tidak menguntungkan Islam, tetapi perbalahan itu semata-mata mahu mencari “siapa yang paling handal” dalam perdebatan ilmu. Masakan perdebatan itu menguntungkan Islam, ini kerana, jika dilihat kepada pendebat-pendebat tersebut didapati semuanya membenarkan aliran Islam Hadhari.

Mengapa perlu berbalah tentang “penjenamaan uluhiyyah, Rububiyyah, sifat 20” dan sebagainya. Sedangkan jika debat mereka semuanya kembali kepada sumber yang asal, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, maka selayaknya sikap toleransi perlu disemai.

Apabila perbincaraan tauhid, disebut kalimah “Uluhiyyah” dan “Rububiyyah”, terus mereka mendakwa perbicaraan itu sebenarnya datang dari mereka yang beraliran salafi wahabi.

Begitujuga, perbicaraan berkenaan tauhid sifat 20, yang apabila di bicarakan, pembicara tersebut terus di “cop” sebagai orang yang beraliran tradisional dan sebagainya.

Pada pandanganku, perbicaraan sifat 20, tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah, tidaklah bercanggah dengan Islam, ini kerana, kesemuanya itu adalah cara untuk mengenali Allah yang berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Yang perlu ditentang adalah, apabila berbincangan tersebut tidaklah berasaskan kepada “istinbat nas” yang betul.

LIHAT KEPADA MUSAMMA, BUKAN KEPADA ISIM

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan didalam kitabnya yang bernama “Fatawa Muasirah”;

فإن مدار الحكم ليس على الأسماء, بل على المسميات

Maksudnya;
“Sesungguhnya pusingan/lingkungan hukum tidaklah atas nama, bahkan atas sesuatu yang diberi nama[1]

Ungkapan kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini sebenarnya, bukan sekadar ungkapan semata, tetapi ianya merupakan kaedah pemahaman nas yang sudah lama di guna pakai.

Kaedah ini, apabila difahami, menyebabkan dua puak yang bercanggah tidak akan berada dalam perbalahan atas aliran masing-masing, tetapi mereka akan bersatu hati melawan UMNO dan Barisan Nasional yang sesat menyesatkan itu.

Ungkapan kalimah “kahwin mis-yar” yang di terjemah ke bahasa melayu dengan “perkahwinan jalanan”, merupakan satu amalan yang diharuskan didalam Islam, walaupun apabila dilihat dari segi namanya, agak janggal dan tergambar di pemikiran kita, seakan-akan ianya menyerupai zina atau pelacuran.

Ini kerana, musamma bagi kahwin mis-yar adalah berkahwin oleh lelaki dengan perempuan dengan tidak memberi tanggungjawab nafkah yang sepatutnya diberikan oleh suami kepada isteri. Juga, tidak memberi tanggungjawab nafkah itu dengan kerelaan dan keizinan dari pihak perempuan.

Memahami dari musamma itu, di fahami bahawa kahwin mis-yar dari segi hukumnya adalah sesuatu yang di izinkan oleh syariat. Ini kerana, Saudah binti Zam’ah yang merupakan salah seorang isteri Rasulullah SAW, telah mengizinkan kepada Rasulullah SAW untuk mengambil malam gilirannya diberikan kepada Aisyah[2].

Dari keizinan itu, kita dapat lihat bahawa hukum melakukan kahwin mis-yar, bukanlah sesuatu yang menyalahi syariat, tetapi apabila dilihat dari namanya, yang diterjemah kedalam Bahasa Melayu yang bermaksud, Kahwin Jalanan, seakan-akan ianya seperti diharamkan oleh Syariat.

Maka begitujuga dalam isu dalam perjalanan mengenal Allah, samada menggunakan kaedah tauhid uluhiyyah, Rububiyyah atau sifat 20.

AKU BUKAN PENGKRITIK AS-SYAIKH ALBANI RA

Aku bukanlah pengkritik peribadi As-Syaikh Albani, tetapi aku hanya menukilkan kritikan Dr Said Ramadhan Albuti terhadap sikap As-Syaikh Albani yang memandang rendah kepada ulama-ulama mazhab.

Ini dapat di serupakan dengan keadaan yang berlaku di Negara kita ini. Ini kerana, di Negara kita, sudah ada kelompok manusia yang sudah mula hendak mengkondem imam-imam mazhab.

Dengan nukilanku tentang kritikan Dr Said Ramadhan Albuti terhadap As-Syaikh Albani menyebabkan timbul beberapa individu yang tidak berpuas hati sehinggakan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak untuk diberikan kepada As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti.

Jika kerana kritikan Dr Said Ramadhan Albuti terhadap As-Syaikh Albani menyebabkan kita memandang rendah kepada As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti, mengapa kita tidak memandang rendah kepada Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang mengkritik As-Syaikh Albani didalam kitabnya yang bertajuk “Al-Marji’iyyat Al-Ulya fi Al-Islam Li Al-Quran wa As-Sunnah”.

Juga didalam buku “Fi Usul Ad-Dakwah, Muqtabasah Min Kutub Ad-Doktor Yusuf Al-Qaradhawi” karangan As-Syaikh Mustafa Malaikah, yang telah di terjemah oleh Dr Basri Ibrahim Al-Hasani, ada menukilkan kritikan Dr Yusuf Al-Qaradhawi terhadap As-Syaikh Albani RA berkenaan pentakhrijan hadis yang telah dilakukan As-Syaikh Albani RA[3].

Begitujuga, kita boleh membaca kritikan seorang ulama salafi dari Negara Mesir; bernama As-Syaikh Amru bin Abdil mun’im bin Salim terhadap As-Syaikh Albani berkenaan takhrij lapan Hadis pemakaian emas oleh kaum wanita di dalam kitabnya yang bernama “Adab Al-Khitbah wa Az-Zifaf”.[4]

Maka dengan demikian, kritikan ulama-ulama tersebut bukanlah menjadi modal kepada kita untuk menghina atau memandang rendah kepada ulama-ulama tersebut.

Sekiranya kita mengambil sikap sedemikian juga, maka ini menunjukan bahawa kita yang mengajak supaya tidak taassub mazhab sudah terjerumus kepada golongan yang tassub Albani.

Jika kita marah kepada As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti tentang kritikannya terhadap As-Syaikh Albani dengan anggapan kritikan itu sebagai meremeh-remehkan As-Syaikh Albani, mengapa kita tidak marah dengan sikap As-Syaikh Albani yang bukan sekadar meremeh-remehkan Dr Said Ramadhan albuti, tetapi menyuruh As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti bertaubat nasuha, seakan-akan As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti telah menyimpang dari Islam. Kritikan As-Syaikh Albani terhadap As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti itu boleh di baca didalam kitabnya yang bertajuk “At-Tawassul : Anwa’uhu wa Ahkamuhu” di muka surat 140.

PENUTUP

Mengkritik adalah sesuatu kemestian. Ini kerana, kritikan merupakan cara manusia itu berhati-hati didalam menjalani kehidupan di dunia.

Perkara yang dilarang adalah “kondem”, iaitu mengambil sikap meremeh-remehkan pandangan ulama yang tidak sehaluan atau sealiran dengannya.

Perkara utama yang paling penting kepada kita adalah, hendaklah kita memperkatakan sesuatu perbahasan ilmu itu berdasarkan kepada kefahaman yang menyeluruh.

Maka dengan demikian, isu perdebatan ini bukanlah satu perkara utama sehinggakan kita lalai dari melakukan gerak kerja yang paling utama, iaitu membinasakan penjajah.

Oleh itu, apabila orang bertanya kepadaku berkenaan dengan aliranku yang sebenar, aku akan menjawab, aliranku adalah ISLAM yang telah di ajar Rasulullah SAW, para Sahabat, Tabiin, Tabii tabiin, Imam-imam Mazhab Islam dan semua yang berhujjah berdasarkan “turuq Al-Istinbat” yang betul.

Marilah kita bersatu hati untuk menhancurkan musuh Islam yang telah menjajah pemikiran, ilmu dan kesetiaan kita kepada Allah !!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

untuk mendalami pengajian Fiqh, Tafsir dan Hadis, layarilah http://one-g.blogspot.com





[1] Fatawa maasirah : 2/650.
[2] At-tashil fi ‘ulum at-Tashil : 1/159 sahih Bukhari : 2/916 : hadis no : 2453.
[3] Fi Usul Ad-Dakwah, Muqtabasah Min Kutub Ad-Doktor Yusuf Al-Qaradhawi (terjemahan) : m/s 233.
[4] Adab Al-Khitbah wa Az-Zifaf : 155 - 181

Comments

Popular posts from this blog